Haha, pada masa dahulu, saya memang suka taipkan benda yang membuat saya 'emo' dalam blog saya. So, jikalau saya menggunakan bahasa rojak, maafkan saya ok >.<
Pertama sekali, saya ingin comment kepada aktiviti yang dijalankan di kolej saya
Terdapat beberapa point yang saya mahu nyatakan:
Apakah objective untuk membuat sesuatu aktiviti? Adakah untuk menyatukan semua pelajar? Pada masa BMP apabila saya memasuki kelab toing hwa, saya memang merasai kebahagiaan yang diberikan oleh kelab ini, merea sudi memberi bantuan kepada kita yang memerlukan.
Selain itu, pihak jaksa juga memberikan banyak bantuan kepada kita, tetapi ada satu benda yang saya tidak mengetahui, mereka suka bersurai very late dan hanya memberikan kita tidur tidak melebihi tiga jam sehari.
Apabila membuta demikian, mereka mula memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan dan akibat hal ini, banyak orang telah jatuh sakit. Adakah perbuatan ini rasional? Kelakuan yang dibuat oleh mereka memang odd dan jikalau kita menganggap ini sebagai BMP, bukankah senior kita harus mesra dengan pelajar dan bukan tidak memberi kita tidur dengan mencukupi dan mengejutkan kami setiap hari dengan hon=hon motor yang kuat bersamaan denga ketukan pintu yang kuat!
Mereka berbuat demikian untuk apa? Credit hour? Membalas dendam? Tradisi? Saya pun tidak mengetahui reasonnya. Yang saya tahu ialah kita haruslah bertindak dengan rasional. Walaupun BMP ini telah member ingatan yang tidak akan berpudar dalam otak saya, tetapi saya juga harus memberitahu pihak berkenaan terhadap tindakan yang menyeksakan kita telah melanggar peraturan dalam sisi undang-undang, saya berharap pelajar tahun depan tidak dilayan sebegini lagi. Tetapi, saya mengetahui saya seorang tidak dapat menukar tradisi dalam kesema university> Tapi kalau kita berani untuk menukar sejarah BMP, why not?
Sekarang balik ke Kelab Tiong Hwa lagi, ia terdiri oleh orang cina dalam keris mas. Kelab Tiong Hwa akan mengadakan tiga aktiviti yang besar-besaran setiap tahun. Malam Perayaan Tang Yuan pula merupakan aktiviti pertama yang dilakukan oleh kita dalam first year.
Proses untuk melakukan sesuatu aktiviti adalah amat sukar. Dalam proses tersebut, saya telah mengabaikan pelajaran saya sepenuhnya, ya, tidak salah, DENGAN SEPENUHNYA. Kenapa saya boleh menjadi sebegini? Saya memang tidak suka akan kehidupan sebegini. Bagaimanakah saya memulakan kehidupan yang sibuk sebegini? Ia telah bermula sejak kawan saya mengajak saya pergi ke temu duga untuk menjadi exco. Saya ingat saya tidak akan mendapat apa-apa jawatan kerana prestasi saya dalam temu duga amat teruk, tetap mereka talah melantik saya sebagai pengarah teknikal. Apabila baru-baru sahaja saya dilantik dengan jawatan ini, saya memang gembira tetapi apabila stes yang diberika oleh senior semakin banyak, saya tidak bangga akan jwatan ini lagi.
Ada sesetengah exco yang meletakkan jawatan untuk memberi focus dalam pelajaran mereka dan untuk medapatkan kehidupan yang sihat. Mereka boleh dikatakan sebagai berani dalam pandangan saya. Ini adalah kerana apabila seseorang meletakkan jawatan mereka dalam kelab toing hwa, mereka akan dianak-tirikan oleh senior kita, selain itu, mereka juga akan dianggap sebagai tidak bertanggungjwab dan mempunyai sikap yang baik. Adakah fikiran ini betul? Saya memeng tidak tahu macam mana nak menyatakan benda ini, there's no right or wrong dalam benda ini, hanya macam mana kita memandangkan perkara ini.
Selain itu, walaupun dengan mengadakan aktiviti ini, kita akan belajar banyak benda apabila kita menjejakan kaki kita dalam dunia luar, tetapi aktiviti telah menyebabkan banyak perselisihan faham antara kita. Adakah ini objektif acara kita???
Sekarang, marilah kita bincang dengan aktiviti dalam ukm.
Credit hour, LC memang data didengari dalam mulut kita pada setiap hari. Adakah benda itu penting sangat? Jawapan saya adalah, ya, perakra ini amat penting.
Prasiswazah dalam ukm perlu clearkan 8 credit hour dalam aktiviti ko-k untuk mendapatkan sijil universiti mereka. Apabial perkara ini diumumkan, kita terpaksa melibatkan diri dalam aktiviti. Ini adalah benda yang bagus kerana tanpa paksaan ini, saya tidak akan memasuki apa-apa aktiviti yang dianjurkan dalam ukm.
Tetapi masalahnya ialah, apabila seseorang memasuki sesuatu aktivit, perkara pertama yang ditanyakan ialah, “aktiviti ini boleh clear credit tak, ada LC tak?” Ini telah menjadi satu trend dalam ukm dan aktiviti yang dapat memotong kredit menjadi hangat dalam golongan kita. Kita telah berebut-rebut untuk memotong kredit kita pada tahun pertama supaya tidak perlu memasuki apa-apa aktiviti lain pada tahun kedua.
Kita telah menjadikan hal ini sebagai satu kerja, dan tidak enjoy ourselves dalam aktiviti lagi. Jadi, bolehkah pihak berkenaan melakukan penukaran yang lebih kreatif supaya pelajar sudi melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti tanpa emmpunyai fikiran aktiviti itu adalah satu beban?
Sekarang, marilah kita bincang tentang pelajaran saya pula.
BLOG, Wikipedia, group discussion dan website telah diberikan sebagai kerja rumah kepada kita.
Dalam beberapa hari yang lalu, kita boleh melihat terdapat banyak orang baru membuka blog mereka dan membuat website mereka. Apabila kita membuka blog kami, kita perlulah addkan follower yang banyak dan sentiasa memanggil orang lain untuk comment kah blog kita kerana ada markah untuk subjek ini. Saya pun tidak mengetahui bahawa markah adalah diberi berdasrkan komen yang diberikan oleh orang lain. Jadi, saya pun mengikut trendlah. Kalau markah adalah diberikan berdasarkan komen yang diberikan, why not kita buatkan satu account lagi dan spamkan blog kita dengan komen dan mendapati markah yang tinggi?
Jadi, apakah objektif benar untuk dalam memberi kerja rumah dalam subjek ini? Kalau tidak silap saya, kerja rumah tersebut adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan kita dengan memberi kerja rumah yang berkaitan dengan dunia IT, dan bukannya apakah yang kita fikirkan. Haha, kalau kita menanya apakah yang kita fikirkan, jawapannyakan obvious, kita hany fikirkan markah, MArkah dan MARKAH sahaja. Why not kita buat perkara yang lain yang lebih memanfaatkan seperti memberi prangajaran terhadap cara-cara untuk menggunakan software instead of this???
Selepas menaipkan post ini, saya pun berasa lebih lega, saya pun berharap lecturer tidak akan consider post ini dalam pengiraan markah kearana saya hanya meluahkan perasaan saya dalam blog seperti dahula, ini adalah motif yang sebenarnya saya menulis blog. Sekian, terima kasih.