Wednesday 7 December 2011

Minggu Yang Letih

Dalam minggu ini, hidupan saya di ukm memang ‘busy’.

Isnin

·         Kelas saya bermula dari pukul 9 pagi hingga 4 petang.

·    Selepas kelas tamat, saya dank wan saya, Joy Loh telah pergi ke tiga tempat untuk meminjam peralatan yang digunakan dalam aktiviti kolej kita iaitu:
v  JPP untk meminjam PA system, ikrofon, lampu dan kipas.
v  Landskap untuk meminjam kanopy, meja dan kerusi.
v  Unit Kenderaan untuk menyewa bas.

·         Procedure untuk membuat pinjaman ini agak susah kerana ini adalah kali pertama saya membuat pinjaman dengan pihak UKM. Tetapi, kita juga beruntung kerana dapat mempelajari sesuatu dalam menjalankan aktiviti ini.

·         Selepas membuat pinjaman, kami telah balik ke kolej kita pada pukul 5.30 petang. Apabila saya nak mandi untuk membuangkan kelesuan saya, krisis air dalam blok saya iaitu blok 9 telah berlaku sekali lagi. Saya berasa amat geram terhadap perkara ini dan saya berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang bersesuian untuk menangani hal berikut.

·         Pada 8 malam, saya telah pergi ke bilik gerakan untuk mesyuarat tidak formal bagi kelab toing hua, mesyuarat itu berjalan dengan tidak lancer kerana:
v  Para exco hanya mementingkan apa yang harus dibuat oleh mereka dan kurang memberi perhatian kepada masalah yang dihadapi oleh kumpulan lain.
v  Para exco hanya mengemukakan masalah yang dihadapi oleh kumpulan lain dan tidak cuba untuk menangani masalah dengan bekerjasama.
v  Sebahagian exco tidak menghadiri mesyuarat pada masa yang ditetapkan dan sebahagian exco telah balik awal kerana masalah kesulitan mereka. Ini telah menyebabkan mesyuarat tidak berjalan dengan lancar.
v  Para exco juga tidak menumpukan perhatian dan bercakap antara satu sama lain.
v  Sebahagian exco tidak dapat menghabiskan tugas mereka dalam masa yang ditetapkan.
v  Kumpulan teknikal iaitu kumpulan saya banyak dikritik oleh orang ramai walaupun mereka telah menyiapkan kerja mereka dengan bersungguh-sungguh.

·         Selepas mesyuarat itu, saya telah pergi ke bilik penasihat saya dan mendapati terdapat bangak masalah yang perlu saya hadapi lagi, saya menghadapi cabaran demi cabaran dengan lebih tabah lagi.

·         Selepas itu, saya pun balik ke bilik saya dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah saya.











Selasa

·         Kelas saya pada hari ini pun bermula pada pukul 9 pagi hingga 4 petang.

·         Selepas 4 petang, saya telah pergi ke jpp sekali lagi kerana saya tidak dapt berjumpa dengan pihak urusan semalam.

·         Selepas itu, saya bersama rakan saya, Carson Yap telah perji ke sekitar kajang untuk menampal poster perayaan tang yuan.

·         Pada pukul 6 petang, saya pun balik ke bilik saya untuk menyiapkan laporan yang perlu dikemukakan dalam mesyuarat selepas ini.

·         Pada mesyuarat tersebut, saya telah dikritik oleh ‘senior’ saya kerana progress kumpulan saya terlalu lambat.

·         Saya amat kecewa kerana saya telah mengabaikan pelajaran demi mengadakan program ini tetapi mereka tidak merasai kesusahan saya maka mengkritik saya dengan penuh geram hati.

·         Saya tahu, semua orang pun nakkan program ini Berjaya, tetapi kita haruslah mengetahui apakah masalah yang dihadapi oleh seseorang sebelum mengkritikan mereka, kita haruslah sentiasa berfikir terhadap situasi yang dihadapi oleh orang tersebut, ini barulah senior kita harus buat.
         Selepas meeting, saya pun balik ke bilik untuk membuat kerja rumah yang banyak sampai pukul 3.30am baru tidur. 








1 comment: